Panduan

SYARAT DAN PERATURAN

 

AM

1. Acara-acara yang dipertandingkan adalah mengikut senarai acara dan kategori yang ditetapkan
2. Johan Rumah ditentukan dengan mengambil kira jumlah pungutan mata rumah dalam  pertandingan acara-acara tersebut.
3. Peruntukan mata acara individu ialah Johan – 10, Naib Johan – 7, Ketiga – 5
4. Peruntukan mata acara berpasukan ialah Johan – 20, Naib Johan – 15, Ketiga – 12,
5. Semua peserta mesti mengikut syarat dan peraturan pertandingan yang ditetapkan. 
Sebarang pelanggaran syarat  dan peraturan akan menyebabkan penyertaan dan sebarang kutipan mata  serta hadiah yang dimenangi oleh peserta-peserta berkenaan dibatalkan jika didapati benar- benar berlaku oleh Panel Disiplin dan Juri Rayuan yang terdiri daripada Guru Besar, Pen. Kanan Kokurikulum dan Setiausaha Sukan.
6.Keputusan Panel Disiplin dan Juri Rayuan adalah muktamad.

SUKAN TARA
1. Penyertaan diwajibkan bagi semua murid Tahap 1 (Tahun 3 sahaja) dan murid Tahap 2 kecuali yang bersebab  dan bermasalah kesihatan.
2. Acara-acaranya ialah Lari Pecut 100m, 200m dan Lompat Jauh.
3. Satu ( 10 ) mata akan diberi kepada setiap peserta yang dapat mencapai ‘tahap minima’ bagi setiap acara dan kategori yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

PERBARISAN
1. Penyertaan diwajibkan bagi setiap rumah sukan dengan 25 orang peserta setiap rumah.
2. Penilaian diberi berdasarkan
·      keseragaman pakaian           -           30 markah
·          keseragaman perbarisan      -           40 markah
·       kreativiti pasukan                 -           30 markah.
3. Johan akan diberi 20 mata, Naib Johan – 15 mata, Ketiga – 12 mata dan Keempat – 10 mata seperti peruntukan mata acara berpasukan.
4.Hadiah berupa barangan akan diberi kepada Johan Perbarisan.

ACARA OLAHRAGA ( BALAPAN DAN PADANG )
1. Semua acara olahraga yang dipertandingkan adalah mengikut peraturan pertandingan KOAM dan ketetapan Jawatankuasa Pertandingan.
2. Acara-acara yang dipertandingkan adalah mengikut senarai acara dan kategori dalam senarai acara yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan.
3. Setiap peserta dibenarkan menyertai 2 acara individu dan 1 acara berpasukan pada maksimanya
 4. Pemberian mata adalah berdasarkan peruntukan mata acara individu dan acara berpasukan.
5. Hadiah berupa pingat/trofi akan diberi kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga sahaja bagi setiap kategori.
6. Hadiah olahragawan diberi kepada pencapaian terbaik acara individu peserta.  Pertimbangan acara berpasukan (acara lari berganti)  hanya akan  dikira jika terdapat dua atau lebih peserta yang mendapat pencapaian yang sama dalam  acara individu.  Keputusan panel pemilih yang terdiri daripada Guru Besar, PK Kokurikulum dan Setiausaha Sukan ádalah muktamad.

SUKANEKA
1. Penyertaan hanya untuk murid-murid kelas-kelas Tahun 1, 2 dan 3 sahaja.
2. Pungutan mata adalah berdasarkan peruntukan mata acara berpasukan.
3. Hadiah Johan dan saguhati untuk 2 pasukan lain yang berbentuk barangan akan disediakan  bagi setiap kelas.


PANDUAN MELATIH PESERTA BALAPAN & PADANG